Sunday 23 August 2015

Jus LEGA homemade - bagaimana proses pembuatannya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Saya rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi kepada anda selepas membaca blog Dusun saya (dusunsaya.blogspot.com). Terima kasih kepada empunya blog kerana berkongsi resepi dan cara membuat jus tersebut. Disini saya paparkan semula resepi dan cara2 pembuatannya kepada yang mahu membuat jus tersebut:


RESEPI JUS PENCAIR KOLESTROL 


Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

Satu cawan Jus lemon
Satu cawan Jus Halia
Satu cawan Jus Bawang Putih
Satu cawan Cuka Epal
Tiga cawan Madu Asli

(CAWAN HENDAKLAH MENGGUNAKAN SAIZ DAN CAWAN YANG SAMA SAIZNYA. KALAU KECIL CAWAN MADU, KECILLAH CAWAN YANG LAIN-LAIN)

Sukatan Minumannya

Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis.

Sebenarnya sebelum saya menemui resepi ini di internet lagi saya telah diajar cara2 pembuatannya oleh jurujual mesin pemerah cold pressed jenama Hurom yang saya beli di Jusco Bandaraya Melaka pada bulan 26 Mei 2015 yang lalu. Harga mesin ini memang mahal iaitu sekitar RM2200. Macam mana saya boleh ingat tarikhnya? eh mestilah ingat...sepatutnya pada tarikh tersebut saya ke Jusco mencari hadiah untuk suami saya sempena ulangtahun kelahirannya, alih-alih terbeli pulak utk diri sendiri. hehe. (Akhirnya berbaloi juga sebab saya boleh gunakannya untuk suami dan orang lain di sekeliling saya). Untuk pengetahuan, kedai2 jus komersil di luar seperti La Juiceria juga menggunakan mesin sebegini untuk mendapatkan jus. Perahan jusnya tidak melibatkan haba akibat putaran besi pisau dan secara tidak langsung memelihara zat dan paling penting,  tidak menyebabkan jusnya teroksida (terapung2 di permukaan air)

Ok berbalik kepada jus tersebut..selepas diajar pembuatannya saya belajar membuat jus itu untuk kegunaan keluarga. Saya dapati pembuatannya tidak susah tetapi sangat remeh terutama sekali untuk mendapatkan jus bawang putih. Saya ada baca di blog seseorang yang mengajar teknik mendapatkan jus bawang putih dan halia dengan mencampurkan air. Sejujurnya saya terkejut kerana sepatutnya air tidak boleh dicampur LANGSUNG dalam proses pembuatan jus ini kerana seharusnya kandungan jus ini terdiri daripada pati semata2. Untuk mendapatkan kira2 secawan jus bawang putih tanpa dicampur setitik air, saya perlu menyediakan kira-kira 2 kg bawang putih iaitu hampir 25 labu bawang putih yang dikopek kesemuanya..sebab itu saya terkejut bila empunya blog menyatakan perlu 1-2 labu sahaja sebab mustahil bawang putih sebanyak itu boleh menghasilkan pati yang banyak. Kali pertama saya mencuba membuat jus ini saya hampa kerana 20 ulas bawang putih yang dimasukkan di dalam mesin pemerah hanya mengeluarkan kira-kira 10 titis jus. Begitu pun saya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut... cuma menyatakan sepatutnya jus hendaklah 100% asli tanpa tambahan air dan gula mahupun sebarang perasa tambahan. Oleh yang demikian kita tidak sepatutnya memandai-mandai menukar sukatan. Waktu dimasak pula perlu lama kerana air yang disejat perlu sebanyak kira-kira secawan daripada sukatan 4 bahan pertama, menjadikan 4 bahan tersebut menjadi 3 cawan sahaja banyaknya. Saya akan terangkan di lain waktu cara-cara pembuatannya kepada yang berminat. Saya sertakan gambar jus homemade tersebut untuk penilaian anda.



Bagi yang ingin mendapatkan jus dengan formula di atas, bolehlah hubungi saya di talian 014-2348519 (Analia). Saya akan buatkan jika ada masa dan kelapangan. Jumpa lagi di lain waktu, Wassalam


28 comments:

  1. berapa ml dan harganya puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply. utk 300ml iaitu kira2 tiga minggu penggunaan adalah rm45. poslaju pula tambah rm9 jadi jumlahnya rm54 cik

      Delete
    2. Guna cuka kurma boleh ke?

      Delete
    3. saya ikut resepi asal guna cuka epal sahaja cik dan terbukti ramai yang ambil bagitahu kolestrol mereka turun

      Delete
  2. mcmna nak order ni?sms saya di no 0167881642

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh msg/whatsapp saya cik 0142348519. nanti saya akan bg cadangan sama ada utk kami pos atau hantar sendiri kalau kawasan yg berhampiran

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Hujung minggu akan datang😊

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Pn. Analia
    Kalo nk beli by hand bole pick up kt mana? TQ.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Pn. Analia
    Kalo nk beli by hand bole pick up kt mana? TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cik lizan baru harini saya bukak blog ;)
      Terima kasih sbb datang sdri. Semoga kesihatan cik sekeluarga bertambah baik :)

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. boleh puan..mesej atau whatsapp saya 0142348519 ye

      Delete
  10. Saya setuju dgn cara pembuatan nya sbb tanpa dcampur air...saya juga mbuatnya sendiri tanda mcampurkn air 100% jus asli..terima kaseh krn berkongsi resepi

    ReplyDelete
  11. Boleh puan. Harga masih sama.whatsapp sy 0142348519 utk keterangan lanjut ya

    ReplyDelete
  12. Saya berminat nak beli produk puan....
    Still boleh order ke?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Saya berminat utk cuba buat sendiri berpandukan ramuan puan. Tapi tak sure cara yg betul utk memasaknya. Boleh puan share cara utk memasak ramuan2 di atas. Tqsm.

    ReplyDelete
  15. assalamulaikum.. harga masih sama termasuk pos ke puan

    ReplyDelete
  16. Kenapa hasil jus saya berwarna hijau selepas dimasak. Bolehkah puan bagi sedikit tip..tq

    ReplyDelete
  17. Free sex videos for'real women' by Videoslark
    Searching for videos featuring real women? Find out on YouTube what women's videos have to say about men, and search for youtube to mp4 the best porn videos on their site!

    ReplyDelete