Tuesday 12 January 2016

Jus pencair kolestrol membantu menurunkan gula dalam darah bagi penghidap diabetes

Assalamualaikum WBT.. Lama saya tak update blog. Sedikit sibuk dengan tugasan harian pejabat dan menyiapkan tempahan. Alhamdulillah setiap minggu mesti ada tempahan dari kawan-kawan untuk disiapkan. Siapa sangka dari hasrat asal beli mesin untuk suka-suka sebab nak dapat unlimited stock cold pressed juice kini bertukar kepada kerjaya sampingan.

Kali ini saya nak berkongsi kebaikan jus ini dalam membantu penghidap diabetes menurunkan kadar gula dalam badan secara konsisten. Sampel ini saya perolehi tidak lain dan tidak bukan dari ayah saya sendiri :) Encik Hj Kamaruddin Bin Hj Mohd Said.

Sedikit pengenalan tentang ayah, beliau disahkan menghidap diabetes sejak tahun 1989 lagi iaitu masa saya masih kecil. Punca selain keturunan (arwah nenek iaitu ibu ayah sy menghidap diabetes sampai tahap potong kaki) adalah ayah saya gemar makanan manis. Masa raya dulu2 arwah mak saya cerita ayah cukup suka gula nipah dan manisan2 mcm wajik etc. Susu pekat manis pun champion jugak. Kombinasi semua itu untuk jangka masa panjang akhirnya mengesahkan beliau sebagai pesakit kencing manis. Buat masa sekarang (sejak dulu lagi) ayah mmg tak sampai tahap cucuk insulin tapi makan ubat yang dibekalkan oleh hospital dan klinik walaupun kdg2 saya tahu je ayah ada skip ambil. Makan minum pun kawal sendiri maksudnya disini, ambil berkadaran. Contohnya minum teh dengan susu cair je. Susu pekat memang tak sentuh langsung. Buah pun kalau teringin ambil bukan dalam kadar yang banyak.

Tahun 2009 bulan Januari ibu saya Allahyarham Siti Aishah Binti Ali meninggal dunia dan kami semua anak beranak masing2 sibuk dengan urusan sendiri. Saya pada ketika itu masih lagi sibuk menjalani latihan pupillage/chambering sebelum layak bergelar peguam. Keadaan makan minum ayah yang tak terjaga. Ayah kerap makan di kedai dan abaikan makan minum sehingga satu tahap masa check up gula dia naik sehingga 17.1! ada juga dalam rekod gula dia 12.3 (cukup tinggi sedangkan kadar ideal boleh diujuk di sini -->  http://drzubaidi.com/blog/bagaimana-cara-untuk-menguji-gula-dalam-darah/ )



Keadaan ini bukanlah sesuatu yang menyenangkan lebih-lebih lagi ayah ada sejarah keturunan berpenyakit kencing manis. Selepas itu ayah mengawal kembali pemakanan dan kadar gula beliau kembali turun. Ini sebahagian daripada rekod perubatan bulanan beliau yang saya sempat ambil:

 Gambar 1

Gambar 2


Ok mula-mula saya terangkan Gambar 1 - 
Rekod pada bulan Ogos 2014 gula 7.5
Rekod pada bulan Oktober 2014 gula 8.4

Manakala dalam Gambar 2
Rekod pada bulan Disember 2014 gula 8.5

Waktu ini ayah pada sepanjang masa hanya ambil ubat yang dibekalkan dan tidak menggunakan insulin injection. Kalau orang yang tak ada diabetes memang tinggi tapi itu saja tahap terbaik yang ayah boleh capai pada masa tersebut. Kadang-kadang bacaan elok, kadang tu tinggi balik. Keadaan ini berterusan sehingga sekitar bulan Julai 2015 saya cuba bagi jus ni pada ayah. Actually saya dah mula buat dan edarkan pada masa tersebut tapi saya tak berani bagi pada ayah mengenangkan jus ni ada gula (madu) dan tak tahu pun boleh bagi sehinggalah seorang pegawai di Mahkamah Kuala Lumpur bernama Puan Norliza bagitahu ada kenalannya yang ambil jus ini bukan untuk jantung semata-mata tapi untuk diabetes juga dan kadar gula daripada berbelas-belas turun ke 8 @ 6 (maaf saya tak berapa ingat). Mengetahui perkara tersebut saya terus minta ayah saya cuba walaupun saya berani-berani takut. 

Hasil pemeriksaan pada bulan Julai membuktikan telahan saya salah sama sekali. Ini adalah kadar gula pada bulan tersebut dan bulan-bulan berikutnya:


Gula pada tahap 5.5! Serius memang tak sangka sampai ke tahap itu. Saya mula yakin dan minta ayah teruskan. Selanjutnya pada bulan Ogos bacaan adalah sepeti berikut:


Rekod pada bulan Ogos 2015 gula 5.8
(Bacaan tekanan darah pada tahap 120/80 iaitu sangat baik)

Rekod pada bulan Oktober 2015 gula 4.4

Ini jauh berbeza dengan setahun sebelum itu. Boleh rujuk semula gambar di atas.

Rekod pada bulan Ogos 2014 gula 7.5
Rekod pada bulan Oktober 2014 gula 8.4

Nampak tak betapa signifikannya penurunan kadar gula tu? Jadi pada sesiapa yang nak mencuba boleh hubungi kami melalui nombor di bawah...tapi saya nasihatkan pada sesiapa yang nak cuba turunkan tahap gula yang tinggi beberapa perkara juga iaitu:

-Ubat yang dibekalkan jangan terus dilupakan. Sehingga ke hari ini ayah masih makan ubat yang dibekalkan
-Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk dapat rekod terkini
-Dapatkan nasihat dan pandangan doktor. Ada orang sensitif dengan beberapa bahan. Kalau doktor tanya bagitahu apa isi jus ni. Lemon, Bawang putih, Cuka epal, Halia, Madu. tu je tak lebih tak kurang. Yang pasti jus yang saya buat saya tak campur air setitik pun.


Ingat, kita berusaha tapi Allah SWT juga sebaik-baik penyembuh.

Boleh hubungi kami untuk mencuba:

Ana - 014-2348519 
Lily - 019-3838695 / 013-2882595 
Adzmin - 017-2839143 


Nota: Selain ada diabetes ayah juga ada masalah katarak yang sangat serius iaitu sebelah matanya (kanan) sudah tidak dapat melihat sepenuhnya dan sebelah kiri berisiko untuk kabur sepenuhnya memandangkan diabetes yang dihidap sudah melebihi 20 tahun walaupun ayah sudah menjalani pembedahan kanta, laser urat mata dan banyak lagi usaha lain. Saya risau kalau kadar gulanya semakin naik, akan lebih banyak pembuluh darah di belakang matanya boleh pecah (ini saya petik daripada doktor pakar mata Vista Eye Care sewaktu konsultasi dengan beliau) jadi inilah saja bakti dan alternatif yang saya boleh usahakan untuk ayah. 


Sunday 23 August 2015

Jus LEGA homemade - bagaimana proses pembuatannya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Saya rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi kepada anda selepas membaca blog Dusun saya (dusunsaya.blogspot.com). Terima kasih kepada empunya blog kerana berkongsi resepi dan cara membuat jus tersebut. Disini saya paparkan semula resepi dan cara2 pembuatannya kepada yang mahu membuat jus tersebut:


RESEPI JUS PENCAIR KOLESTROL 


Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

Satu cawan Jus lemon
Satu cawan Jus Halia
Satu cawan Jus Bawang Putih
Satu cawan Cuka Epal
Tiga cawan Madu Asli

(CAWAN HENDAKLAH MENGGUNAKAN SAIZ DAN CAWAN YANG SAMA SAIZNYA. KALAU KECIL CAWAN MADU, KECILLAH CAWAN YANG LAIN-LAIN)

Sukatan Minumannya

Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis.

Sebenarnya sebelum saya menemui resepi ini di internet lagi saya telah diajar cara2 pembuatannya oleh jurujual mesin pemerah cold pressed jenama Hurom yang saya beli di Jusco Bandaraya Melaka pada bulan 26 Mei 2015 yang lalu. Harga mesin ini memang mahal iaitu sekitar RM2200. Macam mana saya boleh ingat tarikhnya? eh mestilah ingat...sepatutnya pada tarikh tersebut saya ke Jusco mencari hadiah untuk suami saya sempena ulangtahun kelahirannya, alih-alih terbeli pulak utk diri sendiri. hehe. (Akhirnya berbaloi juga sebab saya boleh gunakannya untuk suami dan orang lain di sekeliling saya). Untuk pengetahuan, kedai2 jus komersil di luar seperti La Juiceria juga menggunakan mesin sebegini untuk mendapatkan jus. Perahan jusnya tidak melibatkan haba akibat putaran besi pisau dan secara tidak langsung memelihara zat dan paling penting,  tidak menyebabkan jusnya teroksida (terapung2 di permukaan air)

Ok berbalik kepada jus tersebut..selepas diajar pembuatannya saya belajar membuat jus itu untuk kegunaan keluarga. Saya dapati pembuatannya tidak susah tetapi sangat remeh terutama sekali untuk mendapatkan jus bawang putih. Saya ada baca di blog seseorang yang mengajar teknik mendapatkan jus bawang putih dan halia dengan mencampurkan air. Sejujurnya saya terkejut kerana sepatutnya air tidak boleh dicampur LANGSUNG dalam proses pembuatan jus ini kerana seharusnya kandungan jus ini terdiri daripada pati semata2. Untuk mendapatkan kira2 secawan jus bawang putih tanpa dicampur setitik air, saya perlu menyediakan kira-kira 2 kg bawang putih iaitu hampir 25 labu bawang putih yang dikopek kesemuanya..sebab itu saya terkejut bila empunya blog menyatakan perlu 1-2 labu sahaja sebab mustahil bawang putih sebanyak itu boleh menghasilkan pati yang banyak. Kali pertama saya mencuba membuat jus ini saya hampa kerana 20 ulas bawang putih yang dimasukkan di dalam mesin pemerah hanya mengeluarkan kira-kira 10 titis jus. Begitu pun saya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut... cuma menyatakan sepatutnya jus hendaklah 100% asli tanpa tambahan air dan gula mahupun sebarang perasa tambahan. Oleh yang demikian kita tidak sepatutnya memandai-mandai menukar sukatan. Waktu dimasak pula perlu lama kerana air yang disejat perlu sebanyak kira-kira secawan daripada sukatan 4 bahan pertama, menjadikan 4 bahan tersebut menjadi 3 cawan sahaja banyaknya. Saya akan terangkan di lain waktu cara-cara pembuatannya kepada yang berminat. Saya sertakan gambar jus homemade tersebut untuk penilaian anda.



Bagi yang ingin mendapatkan jus dengan formula di atas, bolehlah hubungi saya di talian 014-2348519 (Analia). Saya akan buatkan jika ada masa dan kelapangan. Jumpa lagi di lain waktu, Wassalam